Monday, 5 November 2012

"Berjimat cermat amalan mulia"





 kebanyakan student mengatakan duit mengalir bagai air paip.. Bila dipusingkan kepala paip, air akan mengalir dengan laju dan tanpa sekatan sehinggalah ianya dipusingkn kembali ke keadaan asal barulah air itu akan berhenti mengalir.. Samalah juga halnya dengan duit.. sekali berbelanja pasti sukar untuk brhenti.. selalunya diawal bulan kebanyakan kita akan makan makanan yang sedap dan mahal, namun bila tiba hujung bulan makanan kegemaran kita pasti bertukar menjadi hambar dan murah.. itulah hakikat kehidupan yang sebenar.. walaupun pahit dan sukar diterima akal namun kebanyakan kita mengalami situasi ini... 



               
Makanan awal bulan


Makanan hujung bulan
Oleh itu, Gadis ada selitkan sedikit tips berjimat cermat untuk si jiwa kental.. selamat mencuba yea! ;)


Tips Pertama
Jimat ubat gigi. Kalau selalu gosok gigi tiga kali sehari,cuba ubah jadi seminggu sekali. Confirm berbulan-bulan baru beli baru.

Tips Kedua
Nak jimat lagi cuba makan tiga kali sehari. tapi gunakan sepinggan nasi je. Caranya, Bahagi nasi untuk tiga bahagian, Pagi,petang dan malam. jimat-jimat.

Tips ketiga
Gunakan Elektrik bila perlu je. Nak online pun pergi kedai mamak je. Kalau boleh kurangkan penggunaan elektrik ketahap paling minima. Malam pun guna lampu minyak tanah je.

Tips Ke Empat
Tips jimatkan air.  Basuh baju sebulan sekali je. Mandi pun kurangkan dari 50 gayung ke 10 gayung je. Nak lagi jimat, sila tadah air hujan untuk penuhkan kolah air mandi.
 

Tips ini sukar dilakukan tapi ada logiknya... Bagi yang tak mampu lakukannya termasuklah Gadis sendiri boleh la mencuba cara lain... Jangan risau, nanti Gadis bagi tips yang lebih rasional yea... nantikan.. hehehe :)


















Thursday, 1 November 2012

perubahan perlu dilakukan sekarang, BUKAN nanti! 


  Dalam banyak2 perkara ada satu menda yang Gadis perasan Gadis tak boleh nak control. Susah... Kadang-kadang Gadis berjaya dan kadang-kadang tak. Mungkin bagi orang lain iannya perkara paling mudah dilakukan, ibarat makan nasi bagi diarong dan bagi Gadis macam makan makanan yang ada banyak halia dan bawang putih yang Gadis tak suka saaangat tu.. walaupon membawa kepada kebaikan tapi sangat lah susah untuk dikunyah dan ditelan.  samalah jugak halnya dengan menguruskan masa. semua orang cakap "masa itu emas". dan Gadis sendiri pon sedar betapa pentingnya masa bagi setiap manusia.. Tapi kenapalah susah sangat tok Gadis manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.. itu semua dulu, sekarang Gadis dah merancang dan merangka strategi tok mengawal masa Gadis. mungkin bagi orang macam Gadis perancangan perlu dilakukan secara terperinci dan menyeluruh. jadi, gadis akan dapat menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. So, sekarang niat dah pasang, jadual harian dan perancangan harian dah dirangka... tinggal nak jalankan tanggungjawab sahaja. Semoga apa yang drancang menjadi kenyataan dan berkekalan. dan Gadis menjadi seorang yg berjaya mengawal masa sendiri. Gudluck Sazira Razali! 

setiap saat yang berlalu tak mungkin dapat diganti


Tuesday, 9 October 2012



 THE DEVIL INSIDE ME!




  Did u ever feel that someone is whispering to you asking you to do something that is ridiculous and improper? i always heard the voice... a smooth yet very attractive voice.. 
Someone is telling me to do a bad thing that i wish i will never do.. And sometimes, the voice prevent me from doing a good deeds.. But the question is where does the sound came from?? After hours spending time sitting alone thinking of the "voice" i finally figure it out.. The voice does not come from someone else but it came from the bottom of my heart.. There is a devil inside me!! OMG! how scary it was.. just imagine how i felt after found out that there is a bad side in myself..

   However, i believe that it is not only me who has this bad side.. everyone own a good and bad personalities in their-self.. the main point is we need to control and minimize this   
bad side.. if possible terminate it! why should we keep an attitude that can hurt others and only giving problems to ourselves?? so friends, family and lovers i myself apologize towards u guys if i had hurt u with o without intention before this.. i'm in a process of controlling the devil in me..  so please do help me as i will do the same for u.. :D
There is a saying that says : you own yourself.. so only u who can make changes.. 




Tuesday, 2 October 2012


10 GOOD PERSONALITIES IN ME!


     Setiap manusia pasti ada 10 personaliti yg baik dalam diri masing-masing.. begitu jua dengan Gadis.. kali ni Gadis nak cita 10 personaliti diri Gadis yg agak baik dan sedap mata orang lain pandang... hihi :)
      Personaliti ni kawan2 Gadis yg bgtau sebb kalo nak ikotkan Gadis sendiri pon tak tau sifat apa je yg baik dlam diri Gadis.. takot syok sendiri pon ada so eloklah kalo Gadis mintak pendapat kawan2 jgak...
       
       jadi ni lah 10 good personalities dlam diri Gadis..


  1.     Hyperactive 
    Gadis seorang yg hyperactive.. selalunya kalo buat aktiviti Gadis mesti excited abis.. lepas tue Gadis akan bgi sepenuh kerjasama semasa aktiviti djalankan.. kalo boleh Gadis nak sumbangkan tenaga dan usaha Gadis kpd aktiviti yg berfaedah.. :)

    2.     Berani mencuba

    Gadis suka mencuba sesuatu yg baru dalam hidup.. Sebagai contoh baru-baru ni Gadis mula bawak kereta.. sebenarnya Gadis x pandai bawak kereta pon.. tapi disebabkan rasa ingin mencuba dan malu yg menebal sebb selalu kena ejek ngan kwan2, Gadis gagahkan diri belajar bwak kereta.. bagi Gadis kalo Gadis x boleh buat maksodnya takde siapa pon yg boleh..



inilah mangsa Gadis tok blajar memandu.. (kesian "dia" dah calar balar  :p)


    3.     suka menolong

     Gadis suka menolong orang yg dlam kesusahan terutamanya keluarga dan kawan2.. sebolehnya Gadis akan tolong ape yg termampu.. yelah bagi Gadis dieorang lah tempat Gadis  bermanja so kalo boleh biarlah susah n senang bersama.. barulah kehidupan bertambah indah!

     4.    Pendengar yg baik

      Salah satu kebolehan Gadis adalah Gadis seorang pendengar yg baik.. Gadis suka mendengar masalah orang lain.. bukan apa, bagi gadis melalui perkongsian masalah kita dpat kenal sesorang dengan lebih baik.. dan Gadis juga dpat belajar benda baru melalui pengalaman orang lain.. kan dah dpat kebaikan bersama.. :D

      5.    Cepat mengatasi masalah

       Masalah adalah teman setia manusia.. tanpa masalah tak mungkin seseorang akan maju kehadapan..melalui masalah juga kita akan menjadi lebih tabah,berani dan kuat menghadapi kehidupan mendatang.. selalunya bila Gadis ditimpa masalah Gadis akn cepat2 tenangkan diri dan cuba menyelesaikan masalah tu..

      6.    Penyayang

      Gadis seorang yang sangat suka kanak2... kalo boleh nak cepat2 kahwin dan ade anak.. hehehe! 
love her! NUR AIN DAMIA 
she's my baby 



       7.    Childish

       Gadis seorang yang bersikap keanak-anakan... kadang-kadang ada orang suka sikap keanak-anakan tapi kadang2 sikap ni boleh buat orang menyampah dengan kita.. harap2 Gadis tergolong dalam golongan yg pertama lah yea.. hihi

       8.   kelakar 

       Gadis seorang yg suka buat lawak sebab Gadis suka tengok orang senyum.. senyum kan sedekah.. lagipun seseorang tu akan nampak cantik bila senyum.. so senyum sokmo.. :)

        9.   Ambil berat 

       Gadis suka ambil tahu tentang keluarga dan kawan2.. bagi Gadis dieorang lah segala-galanya.. lagipun, kalo kita ambil berat tentang seseorang mereka pasti akan buat perkara yg sama.. jadi hidup kita tak kan sunyi dan lebih bermakna...

       10.   Pandai bercakap
  
         Gadis seorang yg kuat bercakap.. kadang2 sikap kuat bercakap ni boleh membawa kebaikan.. sebagai contoh masa proses beli barang Gadis selalu dpat diskaun dri jurujual.. tapi hati2 yea dengan perkataan yg keluar dari mulut kita.. :) apa yg kita cakap menonjolkan diri kita yg sebenar.. 

        

      

Sunday, 23 September 2012

Alam nyata !

Assalamualaikum.. dan Selamat pagi suma... :D


masuk nie dah genap 2 minggu Gadis berada di Kedah.. macam2 perkara yg Gadis pelajari... seriusly, agak mencabar kewibawaan Gadis apabila kena tinggal kat sini.. Mana taknya, first time dalam sejarah hidup Gadis kena berdikari.. Semuanya kena buat sendiri... I mean, yes kat KL dlu Gadis sendiri jugak.. But atleast, Alang ( kakak Gadis yg ke3 ) ada di Taman Melati.. so tak la janggal sangat... Masa hari pendaftaran Gadis di UITM Kampus Sungai Petani ni Along, Mak, Afiq n Miah ada temankan.. Tau tak ayat pertama yg keluar dari mulut Along ape bila kiteowang jejak je kaki kat UITM ni?? habis la adik ( Gadis ) lepas nie.. tempat nie kaw2 cerok...
dah macam tinggal dalam hutan dah.. Masa tue Gadis cam.. ape nie Along.. doakan la yg terbaik buat adik.. :(.. dah nampk dah masa depan kat sini cemane...hahaha! But forget it... Gadis tak kesah pon asalkan dapat sambung blaja pon dah kira rahmat tau... So jgan nak demand sgaaatt la kan...

Dah siap2 dafta kat kampus kena dafta kolej kediaman pulak... Gadis dpat rumah under kolej.. so, okai la walopon lokasi rumah tue agak jauh (act jauh gilaaa habaq ang!)... tapi nasib menyebelahi Gadis bila dapat hosemate yg sekepala... so lepas ni nampak la taring memasing kan... kuiikuii...

back to the main story yg Gadis nak cita (tadi tu intro jew..bhahaha!).. life Gadis kat kolej dulu n kampus sangaaaattt lah berbeza.. dah macam langit n bumi takpun mcam cina n india.. beza gilaa kan... dulu kalo kat kolej sumanya disediakn.. dari hujung rambt ke hujung jari kaki tuee... tapii kat sini jangan harap la derr... semuanya kena buat sendiri tanpa bantuan o tunjuk ajar dari sesiapa... Agak menggelabah tenuk jgak laa kan Gadis time tu.. Main ikot bontot classmate je haaaa... Muka Gadis pon cam blur2 jew stiap masa... tak dpat dinafikan la Gadis sgat stress sepnajang mnggu ptama tu... tapi alhamdulillah sekarang dah okaii.. Gadis pon dah tau cara n tempat kat kampus nie.. everything went smooth n follow what i had planned..

Inilah tempat belajar Gadis skarang.. :0


Pengenalan seorang Gadis kampung

 Assalamualaikum.... dan salam sejahtera...


 Alkisahnya, Gadis baru mendapat tugasan dari pensyarah untuk buat blog... Bunyinya agak pelik tapi itulah yang terjadi.. Gadis sendiri bukannya kaki blog mahupun kaki online.. tapi disebabkan tugasan Gadis turut kan  jua, manakan tahu dari terpaksa boleh jadi suka pulak kan.. :)

Ini adalah sedikit informasi tentang diri Gadis... 

 Nama sebenar Gadis Nor Sazira Bt Razali tapi lebih mesra dikenali sebagi g'a.. Jangan ditanya kenapa Gadis digelar g'a sebab Gadis sendiri pon tak tau.. sejak kecil lagi emak dan arwah abah gelar macam tu.. ( actually, mak Gadis nak gelarkan ira tapi dulu gadis selalu tak hiraukan mak bila digelar ira, so akhirnya terciptalah nama g'a tu )..
 Gadis berusia 21 tahun ( yeah! Gadis dah boleh mengundi tahun nie..haha! ).. Gadis dah selamat grad diploma awal bulan April dari Institut Profesional Baitulmal ( kolej bersekutu UITM ).. dan sekarang Gadis tengah buat ijazah di UITM Sungai Petani..


Gadis = NOR SAZIRA BT RAZALI


 Gadis datang dari keluarga yang besar dan agak meriah.. Mana taknya gadis ada tiga kakak dan tiga abang.. Anak sedara? semuanya enam belas orang dan seorang lagi sedang dalam perjalanan..heeeee... Bayangkanlah, situasi rumah mak kalo semua orang kat kampung... Alhamdulillah mak Gadis masih kuat dan sihat.. Gadis kehilangan arwah abah masa birthday Gadis tahun ni.. Memang sedih sebab arwah abah janji nak pergi makan sama-sama di KFC petang tu tapi hajat dia tak kesampaian...
 Gadis redha dengan ketentuan Ilahi.. Mungkin sudah tiba masanya Gadis lepaskan abah..Apapun Gadis bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk menjaga abah masa dia sakit.. Terima Kasih Allah kerana kurniakan Gadis seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab..Banyak Gadis pelajari dari dia.. 



Arwah abah ( R.I.P )

Adik beradik perempuan
Adik beradik lelaki

Separuh daripada anak buah.. :D