"Berjimat cermat amalan mulia"
kebanyakan student
mengatakan duit mengalir bagai air paip.. Bila dipusingkan kepala paip, air
akan mengalir dengan laju dan tanpa sekatan sehinggalah ianya dipusingkn
kembali ke keadaan asal barulah air itu akan berhenti mengalir.. Samalah juga
halnya dengan duit.. sekali berbelanja pasti sukar untuk brhenti.. selalunya
diawal bulan kebanyakan kita akan makan makanan yang sedap dan mahal, namun
bila tiba hujung bulan makanan kegemaran kita pasti bertukar menjadi hambar dan
murah.. itulah hakikat kehidupan yang sebenar.. walaupun pahit dan sukar
diterima akal namun kebanyakan kita mengalami situasi ini...
| Makanan hujung bulan |
Tips Pertama
Jimat ubat gigi. Kalau selalu gosok gigi tiga kali sehari,cuba ubah jadi seminggu sekali. Confirm berbulan-bulan baru beli baru.
Tips Kedua
Nak jimat lagi cuba makan tiga kali sehari. tapi gunakan sepinggan nasi je. Caranya, Bahagi nasi untuk tiga bahagian, Pagi,petang dan malam. jimat-jimat.
Tips ketiga
Gunakan Elektrik bila perlu je. Nak online pun pergi kedai mamak je. Kalau boleh kurangkan penggunaan elektrik ketahap paling minima. Malam pun guna lampu minyak tanah je.
Tips Ke Empat
Tips jimatkan air. Basuh baju sebulan sekali je. Mandi pun kurangkan dari 50 gayung ke 10 gayung je. Nak lagi jimat, sila tadah air hujan untuk penuhkan kolah air mandi.
Tips ini sukar dilakukan tapi ada logiknya... Bagi yang tak mampu lakukannya termasuklah Gadis sendiri boleh la mencuba cara lain... Jangan risau, nanti Gadis bagi tips yang lebih rasional yea... nantikan.. hehehe :)
.jpg)

No comments:
Post a Comment