Sunday, 23 September 2012

Pengenalan seorang Gadis kampung

 Assalamualaikum.... dan salam sejahtera...


 Alkisahnya, Gadis baru mendapat tugasan dari pensyarah untuk buat blog... Bunyinya agak pelik tapi itulah yang terjadi.. Gadis sendiri bukannya kaki blog mahupun kaki online.. tapi disebabkan tugasan Gadis turut kan  jua, manakan tahu dari terpaksa boleh jadi suka pulak kan.. :)

Ini adalah sedikit informasi tentang diri Gadis... 

 Nama sebenar Gadis Nor Sazira Bt Razali tapi lebih mesra dikenali sebagi g'a.. Jangan ditanya kenapa Gadis digelar g'a sebab Gadis sendiri pon tak tau.. sejak kecil lagi emak dan arwah abah gelar macam tu.. ( actually, mak Gadis nak gelarkan ira tapi dulu gadis selalu tak hiraukan mak bila digelar ira, so akhirnya terciptalah nama g'a tu )..
 Gadis berusia 21 tahun ( yeah! Gadis dah boleh mengundi tahun nie..haha! ).. Gadis dah selamat grad diploma awal bulan April dari Institut Profesional Baitulmal ( kolej bersekutu UITM ).. dan sekarang Gadis tengah buat ijazah di UITM Sungai Petani..


Gadis = NOR SAZIRA BT RAZALI


 Gadis datang dari keluarga yang besar dan agak meriah.. Mana taknya gadis ada tiga kakak dan tiga abang.. Anak sedara? semuanya enam belas orang dan seorang lagi sedang dalam perjalanan..heeeee... Bayangkanlah, situasi rumah mak kalo semua orang kat kampung... Alhamdulillah mak Gadis masih kuat dan sihat.. Gadis kehilangan arwah abah masa birthday Gadis tahun ni.. Memang sedih sebab arwah abah janji nak pergi makan sama-sama di KFC petang tu tapi hajat dia tak kesampaian...
 Gadis redha dengan ketentuan Ilahi.. Mungkin sudah tiba masanya Gadis lepaskan abah..Apapun Gadis bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk menjaga abah masa dia sakit.. Terima Kasih Allah kerana kurniakan Gadis seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab..Banyak Gadis pelajari dari dia.. 



Arwah abah ( R.I.P )

Adik beradik perempuan
Adik beradik lelaki

Separuh daripada anak buah.. :D

1 comment:

  1. Masih ingat berpuluh tahun masa tu, semasa singgah di sebuah kampung melayu , terjumpa dan berkenal dengan seorang gadis warung,yang sangat berangai mesra serta ramah , lepas sering kali berjumpa,antara kita makin dekat,kemudin kita saling bercinta , tapi atas berbagai sebab , hubungan kita terputus akhirnya.....

    ReplyDelete